Jenayah

Peniaga didenda RM4,500 kerana rokok seludup

KOTA BHARU: Seorang peniaga didenda RM4,500 selepas mengaku salah menyimpan rokok larangan import pelbagai jenama bernilai RM443.20 di mahkamah majistret, di sini, semalam.

Denda diputuskan Majistret, Mohamad Nasrudin Mohamed selepas tertuduh, Abd Aziz Safi Mat Nasir, 27, mengaku salah atas tuduhan terhadapnya.

Dia didakwa memiliki kesemua rokok seludup tersebut di sebuah kedai runcit di Kampung Padang Banggu, di sini, pada jam 7.15 malam, 4 Februari lalu.

Antara yang ada dalam simpanan lelaki itu ialah, satu karton Gudang Garam Nusantara Menthol; dua karton Gudang Garam Nusantara; dua karton Minna dan empat Gudang Garam Surya 12’.

Selain itu, juga terdapat empat karton Pine Prime Fresh Strawberry; enam karton John; tujuh karton John W2 dan dua karton John King.

Pada prosiding itu, tertuduh merayu dendanya diringankan, namun Pegawai Pendakwa Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Karthy Gasedev Deva Rajoo memohon denda setimpal yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh kerana perbuatannya membabitkan kerugian cukai kepada negara.

Mohamad Nasrudin juga mengarahkan Abd Aziz Safi menjalani hukuman penjara selama tiga bulan sekiranya denda berkenaan gagal dijelaskan.

Bagaimanapun denda terbabit dibayar oleh tertuduh.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");