Jenayah

Penyamun tertembak penyamun

Petaling Jaya: Penyamun cedera di paha terkena tembakan dilepaskan rakannya ketika mereka menyamun seorang lelaki di kawasan tempat letak kereta di Mentari Court, di sini, pada 7.48 malam semalam.

Dalam kejadian itu, seorang daripada empat penyamun yang menaiki kereta Perodua Viva mengacukan pistol ke perut mangsa.

Suspek kemudian mengarahkan mangsa supaya menyerahkan beg sandang yang dibawanya sebelum berlaku tarik menarik.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Azmi Abu Kassim berkata, mangsa kemudian bertindak memegang pistol itu menyebabkan seorang lagi rakan suspek cuba membantu.

“Secara tiba-tiba suspek terlepas satu das tembakan dan mengenai paha kanan rakannya itu. Suspek yang cedera ditahan polis dan sepucuk pistol buatan China model Norinco, tiga butir peluru dan satu kelongsong peluru yang terlekat pada pistol dirampas.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati suspek yang ditahan berusia 22 tahun, penagih dadah dan pernah menjalani hukuman penjara,”katanya.

Beliau berkata, suspek dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Dalam kejadian itu, mangsa kerugian sebentuk cincin emas bernilai RM2,000. Polis kini memburu tiga lagi suspek yang masih bebas dan identiti mereka sudah dikenal pasti,” katanya.

Menurutnya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat (FIPA) 1971.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");