Panasnya Hari Ini

Penyokong Sambut Muhyiddin Dengan Pakaian ‘I am not a yes man’

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini disambut dengan hampir seratus penyokong yang memakai baju hitam tertera “I am not a yes man” sebaik beliau tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pagi tadi.

Memetik sumber daripada Malaysiakini, Muhyiddin yang tiba dari Australia selepas bercuti bersama isterinya, Puan Seri Noorainee Abdul Rahman turut menerima tepukan gemuruh dan sorakan ketika berjalan keluar dari balai ketibaan.

Ahli Parlimen Pagoh itu tiba sekitar jam 8.30 pagi, beliau bersalaman dan kelihatan dipeluk oleh para penyokongnya yang merupakan ahli Umno di beberapa bahagian dari Johor iaitu Ayer Hitam, Gelang Patah, Pulai, Pengerang dan Pagoh.

Bagaimanapun Muhyiddin enggan memberikan sebarang kenyataan kepada media dan hanya bertindak mengangkat tangan sambil tersenyum.

Beliau kemudian beredar selepas beramah mesra dengan penyokongnya selama kira-kira 20 minit.

Terdahulu, Muhyiddin digugurkan dari jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri dan ia digantikan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Penggugurannya tersebut dipercayai ekoran kelantangan Muhyiddin berhubung isu skandal kewangan 1MDB dan pendiriannya bahawa beliay bukannya seorang ‘pak turut’.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");