Panasnya Hari Ini

Perhimpunan ‘Baju Merah’ Boleh Diteruskan Jika Undang-Undang Dipatuhi- PM

KUALA LUMPUR: Perhimpunan aman ‘Baju Merah’ yang dijangka berlangsung Rabu ini, boleh diteruskan dengan mengkehendaki para pesertanya untuk mematuhi undang-undang dan arahan pihak Polis.

Memetik sumber daripada Therakyatpost, Perdana Menteri merangkap Pengerusi UMNO, Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu dibuat selepas menilai pelbagai pendapat daripada semua komponen parti terhadap penganjuran perhimpunan aman itu.

“Kita telah bincang perkara ini secara panjang lebar di mana parti komponen BN telah memberi banyak pendapat dan kita bersetuju untuk tidak bersetuju atas pendirian yang dibentangkan.

“Ada yang melahirkan kebimbangan dan ada yang tidak setuju dan yang berpendapat kata 16 September bukan hari yang sesuai,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi BN di ibu pejabat Umno semalam.

Tambahnya lagi, beliau menghormati pandangan pemimpin-pemimpin parti komponen dan sekiranya perhimpunan itu diadakan, ia mestilah mematuhi segala undang-undang selain mematuhi arahan polis.

“Semua undang-undang negara mesti dipatuhi termasuk undang-undang Akta Hasutan dan bentuk poster mesti tidak berbaur perkauman dan menimbulkan isu-isu yang danggap hasutan dan perkauman,” katanya.

“Polis akan memastikan kawalan ketat,” katanya.

Najib berkata pada hari tersebut beliau bersama pemimpin parti komponen BN akan berada di Kota Kinabalu, Sabah sempena sambutan Hari Malaysia.

Terdahulu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah memberi kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan aman ‘Himpunan Rakyat Bersatu’ di Padang Merbok.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");