Panasnya Hari Ini

Perhimpunan Baju Merah: Pemuda MIC Tidak Bersetuju Perhimpunan Diadakan

KUALA LUMPUR: Pemuda MIC tidak bersetuju dengan Perhimpunan Baju Merah yang dirancang bakal diadakan pada 16 September ini.

Ketuanya, C Sivarraajh berkata, Pemuda MIC mengambil pendirian untuk mengutuk perhimpunan tersebut yang bekemungkinan akan mencetuskan ketegangan kaum di negara ini.

Selain itu, katanya lagi, perhimpunan tersebut tidak akan membawa sebarang kebaikan kepada rakyat dan juga Negara.

“Kita perlu memelihara hubungan etnik, mengatasi apa-apa niat lain. Kita mesti menjaga keamanan Negara yang sedia ada,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Beliau turut menggesa agar polis tidak memberi sebarang kebenaran kepada penganjur untuk mengadakan perhimpunan tersebut.

Perhimpunan Baju Merah yang dirancang pada 16 September ini akan diadakan di beberapa lokasi di ibu negara termasuklah Bukit Bintang.

Dalam pada itu, Sivarraajh turut berkata, perhimpunan seperti itu dilihat sebagai satu ugutan.

“Perhimpunan yang dirancang pada Hari Malaysia iaitu 16 September juga seakan-akan satu ugutan.

“Semua ini pasti tidak akan membantu Malaysia tetapi akan menggambarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang mundur,” ujarnya.

Beliau turut berkata, MIC tidak akan menentang sesebuah perhimpunan sekiranya ia sah di sisi undang-undang untuk rakyat menyuarakan pandangan dan perhimpunan tersebut diadakan di kawasan yang lebih selamat dan jauh dari kawasan yang sesak di tengah bandar raya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");