Panasnya Hari Ini

Perhimpunan ‘Baju Merah’: Peserta Mula Berhimpun

KUALA LUMPUR:Perhimpunan Melayu Bersatu atau ‘perhimpunan Baju Merah’ yang berlangsung hari ini setakat ini berjalan dalam keadaan aman dan lancar.

Memetik sumber daripada Mstar, peserta perhimpunan yang kelihatan menyarung  Tshirt berwarna merah mula  berkumpul sekitar jam 8 pagi tadi dan  mereka juga turut berada di sekitar Masjid Negara sejak jam 10.06 pagi tadi.

Turut kelihatan berpuluh-puluh bas yang membawa peserta perhimpunan Baju Merah tiba di beberapa lokasi berkumpul di ibu negara hari ini.

Para peserta difahamkan daripada luar ibu negara itu mula berkumpul di sekitar Jalan Sultan Haji Ahmad Shah, Jalan Duta termasuk di jalan ke Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Manakala di Jalan Hang Tuah dan Jalan Hang Jebat, kelihatan bas-bas yang membawa peserta perhimpunan telah tiba untuk memulakan aktiviti yang dijangka bakal berlangsung pada pukul 12 tengah hari ini.

Sementara itu sekitar jam 11.55 pagi tadi kelihatan para peserta mula berhimpun berdekatan Bank Negara dan berarak membawa sepanduk dan banting dengan memaparkan pelbagai mesej-mesej termasuklah menentang perhimpunan Bersih.

12033225_919347114781885_1133998522751641925_n

Turut kelihatan Datuk Ahmad Maslan  ‘turun padang’ untuk bersama peserta program yang diadakan di sekitar ibu negara.

Beliau turut menjelaskan bahawa kehadirannya pada perhimpunan itu atas kapasiti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Persatuan Alumni Kelab Umno Luar Negara.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");