Perak Hari Ini

PIDD 2015 Berlangsung 19 Oktober Depan

IPOH: Seperti saban tahun, Pangkor International Development Dialogue (PIDD) dianjurkan sekali lagi tahun ini, menerusi dialog bertaraf antarabangsa dalam usaha menjadikan negeri Perak sebagai pusat pecetusan dan perbincangan  idea selaras dengan gagasan negeri ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir salah satu bidang yang diketengahkan ialah dari segi mengadakan seminar berbentuk PIDD  lantas menjadikan Perak sebagai lokasi perbicangan dalam hal yang berkaitan dengan pembangunan.

Turut hadir sama Ketua Pengawai Eksekutif IDR, Dr. Mazalan Kamis.

“Ini kerana pembangunan adalah merupakan bidang yang tidak akan terhenti, para pemikir dan golongan intelektual akan sentiasa memberikan idea baharu, gagasan baharu dalam usaha mengubah dan memperbaiki keitifan masyarkat dunia.

“Dalam konteks ini negeri Perak mengambil kesempatan meletakkan negeri ini diperingkat antarabangsa dalam membincangkan perkara yang berkaitan dengan pembangunan,” katanya dalam satu sidang media Pra Pelancaran PIDD 2015 di Ipoh hari ini.

Ujar Zambry lagi, PIDD 2015 kali ini memlibatkan kerjasama Institut Darul Ridzuan (IDR) dengan Koridor Utara Malaysia, dan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“Dialog ini akan menjadi mercu tanda kepada dialog yang kita lihat di serata dunia kelak, dengan syarat ianya memerlukan kesungguhan, komitmen dan konsisten bagi menjayakan matlamatnya,” katanya lagi.

Tambahnya PIDD juga berupaya menjadi lokasi pertemuan pemimpin di peringkat antarabangsa khususnya melibatkan negara membangun Asia dan sekitar rantau Asia.

PERAKTODAY27 (1)

“Dengan sambutan yang begitu baik sejak penganjurannya secara rasmi tahun lepas dengan barisan pembentang jemputan yang baik saya yakin ianya akan terus dapat menempah nama di peringkat antarabangsa,” katanya lanjut.

Tambahnya lagi, penganjuran kali ini diharap dapat melibatkan lebih banyak penyertaan negara luar seperti Thailand, Indonesia dan Filiphina.

“Ianya memberi kebaikan bukan hanya kepada negeri tetapi pembangunan pada masa depan dalam pertukaran idea baharu dengan adaptasi model baharu dan dimensi bagi pembanguan,” katanya lanjut.

Ujar Zambry lagi bagi seminar PIDD kali ini bakal disertai dengan para pembentang yang berpengalaman yang berupaya memberikan kebaikan kepada negara.

PIDD 2015 bakal berlangsung di Hotel Casuarina, Meru selama tiga hari bermula 19 Oktober sehingga 21 Oktober depan.

Seminar tiga hari tersebut bakal membincangkan mengenai ekonomi, sosial dan inovasi, perkembangan ekonomi, budaya dan persekitaran.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");