Panasnya Hari Ini

PKR Tetap Mahukan PAS Dalam PR 2.0

KUALA LUMPUR: Meskipun menerima secara terbuka pandangan daripada rakan sekutunya dalam pembangkang, PKR tetap meninginkan PAS untuk menyertai gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Rakyat (PR) 2.0.

Timbalannya, Mohamed Azmin Ali berkata, apa yang dinyatakan adalah keputusan parti dan bukan pandangan peribadi beliau.

“Pandangan kawan-kawan kita raikan. Tetapi ini adalah keputusan parti kerana PKR sentiasa mengambil sikap inklusif dan menerima mana-mana parti yang mahu majukan reformasi. Ini pendirian kita,”katanya, memetik laporan Malaysia Kini.

Terdahulu, Azmin yang juga Menteri Besar Selangor menegaskan bahawa PAS perlu berada dalam PR 2.0.

Bagaimanapun, kenyataan Azmin itu telah dikritik oleh beberapa pemimpin politik daripada DAP yang menginginkan penjelasan berhubung dengan ‘jemputan’ terhadap PAS untuk menyertai PR 2.0.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng menuntut penjelasan daripada Azmin mengenai kenyataannya yang mahukan PAS berada dalam gabungan pembangkang yang baharu.

Sementara itu, Ramkarpal menerusi kenyataannya hari ini menyifatkan Azmin sebagai ‘sakit’ kerana masih meneruskan kerjasama dengan PAS.

Ramkarpal berkata, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan individu yang bertanggungjawab memecahbelahkan Pakatan Rakyat yang lama.

Azmin berkata, meskipun menerima kritikan daripada rakan sekutunya, beliau menerima dengan pandangan yang terbuka.

“Saya terima baik. Saya terima dengan berlapang dada. Kami adalah rakan. Kami telah bersama bertahun-tahun.

“Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng umpama adik saya dan kami boleh bekerja bersama,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");