Panasnya Hari Ini

PM Juga Tidak Boleh Tolak Usul Di Parlimen – Pandikar

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi penegasan bahawa tiada mana-mana menteri termasuklah Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak mempunyai hak dan kuasa bagi menolak dan menerima sebarang usul tanpa kebenarannya.

Memetik sumber daripada Freemalaysiatoday, tambahnya lagi, setiap usul yang hendak dibawa ke Parlimen perlulah ditapis terlebih dahulu oleh beliau.

“Tidak ada menteri boleh menolak apa-apa…. yang berkuasa mengenai hal usul adalah Speaker.

“Tidak ada termasuk Perdana Menteri. Jadi harus difahamkan itu,” katanya.

Terdahulu, Datuk Seri Azalina Othman Said dilaporkan berkata untuk memastikan bahawa usul undi tidak percaya terhadap Najib tidak berlaku di Parlimen.

Namun bagaimanapun, Azalina tampil menafikan membuat kenyataan itu dan mendakwa ia telah diputar belit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");