Panasnya Hari Ini

Polis ‘double standard’ Dalam Kes Jamal

KUALA LUMPUR: Keputusan pihak Polis untuk tidak menahan reman Ketua Umno Bahagian Sungai Besar Datuk Jamal Md Yunos membuktikan amalan ‘double standard’ yang diamalkan pihak berkuasa.

Menurut laporan The Malaysian Insider, peguam hak asasi manusia, Eric Paulsen terkejut dengan tindakan pihak berkuasa yang disifatkan sebagai berat sebelah dalam kes yang melibatkan UMNO atau personaliti pro kerajaan.

Beliau juga menambah bahawa pihak Polis juga selalu mengambil tindakan keras kepada penentang kerajaan dan ahli politik pembangkang atas sebab yang sangat kecil.

Tindakan pihak polis menahan Jamal hanya selama satu malam turut dipersoalkan Eric walaupun Jamal didakwa terlibat mencetuskan keganasan dan mengancam rusuhan kaum.

Menurut beliau, tindakan itu tidak sepatutnya berlaku kerana ahli politik pembangkang, aktivis dan penentang kerajaan yang menyertai perhimpunan aman dan ucapan tidak berbahaya dikenakan tahanan reman oleh pihak polis.

“Memberi layanan istimewa kepadanya tetapi memohon reman untuk rakyat yang menegakkan hak seperti (Datuk) Ambiga (Sreevenasan), Adam Adli (Abd Halim) dan Hishamudin Rais hanya memberi gambaran buruk terhadap pihak berkuasa,” katanya.

Beliau turut berpendapat Jamal perlu ditahan reman berikutan isu yang ditimbulkan olehnya amat serius.

Dalam pada itu, Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menyatakan Jamal yang harus dipenjarakan kerana menyentuh isu perkauman, bukannya Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan, yang ditahan selama 29 hari mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) (Sosma ) 2012 kerana membuat laporan ke atas syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Jelas Maria, tindakan Khairuddin itu adalah kerana mahu mencari jawapan kepada kandal sekitar syarikat pelaburan negara milik Kementerian Kewangan itu.

“Pihak polis perlu menyiasat Jamal lebih lanjut. Apa yang beliau lakukan tidak wajar. Apa pula yang dilakukan Khairuddin hingga beliau dipenjarakan? Membuat laporan polis bukan satu jenayah,” ujar beliau.

Foto- The Malaysian Insider

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");