Panasnya Hari Ini

PPBN – QPR Jalin Kerjasama Jangka Panjang

KUALA LUMPUR: Buat julung kalinya, Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN) menjalinkan kerjasama strategic bersama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Queen Park Rangers (QPR) bagi satu tempoh jangka masa panjang.

Kerjasama ini akan menyaksikan QPR akan menyumbang pelbagai bantuan termasuk bantuan kewangan, teknikal dan lain-lain program pembangunan jangka panjang bersama yang komprehensif dan menyeluruh.

Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh PPBN, melalui kerjasama ini juga ianya dijangka mampu mencapai semua matlamat yang telah digariskan dalam Pelan Pembangunan Bola Sepak Negara yang meliputi beberapa teras strategik pembangunan.

“Ianya meliputi beberapa teras strategik pembangunan termasuklah melahirkan pemain berkualiti tinggi di seluruh pelusuk Negara,”katanya.

Majlis menandatangani kerjasama ini diadakan di kota London sebelum bermulanya perlawanan QPR menentang Blackburn Rovers di Stadium Loftus Road 17 September lalu.

Turut hadir ke majlis tersebut ialah bekas pemain antarabangsa England dan Pengarah Bola Sepak QPR, Les Ferdinand, wakil-wakil pengurusan QPR, Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim dan wakil pengurusan PPBN.

Menerusi kenyataan itu lagi, terdapat beberapa petanda positif dijangka akan dapat dilihat melalui kerjasama ini termasuklah yang telah dicipta oleh Skuad Bawah 13 PPBN.

“Skuad ini merupakan pasukan perintis bagi PPBN. Pada tahun lepas, dengan bantuan QPR, mereka telah menjelajah ke United Kingdom dan menewaskan pasukan-pasukan Liga Inggeris seperti Reading, Ipswich, Tottenham Hotspur dan Chelsea.

“Secara keseluruhan, 21 perlawanan telah berjaya dimenangi, dua kali seri dan Cuma kalah sekali kepada PSG dari 24 perlawanan yang telah mereka hadapi,”katanya.

Terdahulu, QPR juga merupakan rakan pertama PPBN selepas pelancarannya pada tahun 2014 dan telah menubuhkan 80 pusat-pusat latihan di bawah PPBN sehingga kini

Terdapat sekurang-kurangnya 15,000 kanak-kanak berumur tujuh hingga 17 tahun kini sedang dilatih oleh 700 jurulatih di pusat-pusat berkenaan.

Sementara itu, QPR juga akan terus komited dalam menjayakan matlamat jangka masa panjang PPBN dan akan terus memperkasakan program bagi menjadikannya satu realiti.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");