Panasnya Hari Ini

PR 2.0 : PKR Harap PAS Hadir Rundingan Meja Bulat

KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) masih mengharapkan agar PAS dapat menyertai gabungan pembangkang yang baharu, Pakatan Rakyat 2.0 walaupun PAS telah menolak ‘jemputan’ yang dilakukan.

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, untuk menawan Putrajaya semua parti politik pembangkang perlu bekerjasama untuk memenangi Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.

Sebagai Ketua Pembangkang, beliau masih menaruh harapan tinggi agar PAS masih sudi hadir ke rundingan meja bulat untuk membincangkan tentang pembentukan PR 2.0.

“Sebagai Ketua Pembangkang, saya telah kemukakan jemputan. Saya masih buka jemputan meja bulat itu bagi mencari jalan untuk masa depan negara.

“Kalau dia tak dapat datang itu adalah pilihan dia. Pintu masih terbuka, jemputan masih dibuka,” katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Wan Azizah berkata lagi, rundingan meja bulat untuk membincangkan pembentukan PR 2.0 akan diadakan pada 22 September ini di Empire Hotel, Subang.

Terdahulu, Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed menegaskan bahawa PAS masih belum bersedia untuk berbincang dan mengadakan rundingan meja bulat bersama rakan pembangkang yang lain iaitu DAP dan Parti Amanah Rakyat (AMANAH).

Katanya lagi, ‘jemputan’ daripada Ketua Pembangkang itu ditolak berikutan PAS merasakan sekarang bukan waktu yang sesuai untuk bekerjasama dengan DAP serta AMANAH.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");