Berita Hari Ini

Projek HSR, RTS Akan Diteruskan – MB Johor

NUSAJAYA: Kerajaan akan meneruskan rancangan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) dan Sistem Transit Rapid (RTS) kerana ia bakal memberikan manfaat bukan sahaja kepada rakyat tetapi juga kepada kedua-dua negara pada masa hadapan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Beliau berkata meskipun kedua-dua projek itu belum mendesak, keputusan untuk merealisasikannya adalah bertujuan menyediakan dan menambah baik sistem pengangkutan antara kedua-dua negara bagi kegunaan rakyat bersama.

“Bagi kerajaan Barisan Nasional (BN), kita akan buat kedua-duanya. Perkara itu kini sedang dibincang kerana melibatkan kedua-dua negara Malaysia dan Singapura.

“HSR dijangka siap pada tahun 2025 manakala RTS akan dimulakan dahulu, untuk hubungkan perjalanan rakyat kedua-dua negara. HSR lebih kepada perkhidmatan ke Kuala Lumpur. Kerajaan BN akan pasti merealisasikan kedua-duanya,” kata beliau pada mesyuarat kedua penggal persidangan ketiga Dewan Negeri Johor yang ke-13 di Kota Iskandar, di sini, Khamis.

Mohamed Khaled (Permas-BN) berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Boo Cheng Hau (Skudai-DAP) yang mempersoalkan sama ada keperluan kedua-dua projek itu lebih praktikal atau mendesak kerana mahu menarik pelaburan Singapura ke negara ini.

Pada masa ini, kedua-dua kerajaan sedang memuktamadkan jajaran landasan projek RTS dan lokasi terminal bagi kedua-dua negara.

Projek RTS dijangka dapat mengurangkan kesesakan laluan keluar masuk Malaysia Singapura khususnya Tambak Johor dan Gelang Patah-Tuas manakala HSR bakal memendekkan tempoh perjalanan antara kedua-dua ibu negara kepada hanya 90 minit berbanding kereta api biasa iaitu lapan jam.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");