Panasnya Hari Ini

PROTON Tingkat Pengeluaran Model Persona

KUALA LUMPUR: PROTON Holding Berhad (PROTON) akan mempertingkatkan pengeluaran model kereta Proton PERSONA bagi memenuhi tempahan pembeli.

Langkah itu dilakukan berikutan permintaan kereta sedan menunjukkan pertumbuhan yang signifikan sepanjang tahun berikutan bertambahnya golongan yang berkeluarga dan golongan professional.

Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Datuk Abdul Harith Abdullah berkata, maklumbalas pasasaran terhadap kereta sedan adalah kukuh.

“Disebabkan oleh maklumbalas yang kukuh daripada pasaran, kami (PROTON) akan menambah pengeluaran model PERSONA ini berikutan pengeluarannya diberhentikan ekoran aktiviti pengubahsuaian kilang.

“Oleh itu, PROTON akan mengubah jadual pengeluaran di kilangnya yang berada di Tanjung Malim Perak selepas selesai membaikpulih dan menaiktaraf beberapa barisan pengeluarannya,”katanya, menerusi kenyataan media, hari ini.

Tambah Abdul Harith lagi, PROTON gembira apabila pengguna di Negara ini memilih Persona sebagai kereta pilihan mereka.

“Kami gembira kerana ramai rakyat Malaysia memilih Persona sebagai kereta pilihan disebabkan saiznya yang besar, penggunaan bahan api yang sederhana dan kos penyelenggaraannya yang rendah.

Proton Persona telah dilancarkan pada Ogos 2007 dan sehinnga 31 Ogos tahun ini, model kereta tersebut telah memenangi beberapa anugerah berprestij.

Antaranya ialah Model Kereta Terbaik Tahunan 2008 Frost and Sullivan dan Kereta Bernilai Untuk Wang Terbaik 2008 menerusi Anugerah Kereta Tahunan NST-Maybank 2011.

Proton Persona dilengkapi dengan enjin jenis Campro IAFM 1.6L dan boleh didapati dalam dua varian iaitu Persona Super Value (SV) dan Persona Exective, berharga daripada RM44,658.

Orang ramai digalakkan mengunjungi bilik pameran PROTON di seluruh Negara dan berpeluang melakukan pandu uji menerusi kempen promosi ulang tahunnya yang ke-30 bersempena Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.

PROTON turut menawarkan bayaran muka yang rendah untuk beberapa model terpilih sehingga RM3,000 bagi jualan balik kereta, kadar pembiayaan serendah 1.99 peratus dan lanjutan jaminan sehingga tujuh tahun untuk pembeli baharu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");