Panasnya Hari Ini

Rafizi Dakwa Kerajaan Akan Beli Kapal Perang Bernilai RM3 Billion

Foto:- Free Malaysia Today

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mendakwa kerajaan akan membeli sebuah kapal perang Mistral dari Perancis yang dianggarkan bernilai RM3 billion.

Rafizi membuat dakwaan tersebut berdasarkan laporan antarabangsa yang bertajuk ‘France Russia Mistral Ships Update: Malaysia To Buy Aircraft Carrier’ pada 26 Ogos lalu.

“Akhbar antarabangsa turut melaporkan Menteri Pertahanan Perancis, Jean Yves Le Drian bakal mengadakan perjumpaan dengan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam rangka lawatan dua hari ke Malaysia.

“Rombongan ini akan turut disertai oleh wakil-wakil industri persenjataan Perancis termasuklah Dassault Aviation, Thales, Safran.

“Oleh itu, timbul desas desus bahawa lawatan ini adalah untuk merundingkan penjualan sebuah kapal perang Mistral kepada kerajaan Malaysia,”katanya, memetik laporan Free Malaysia Today.

Menurut Ahli Parlimen Pandan itu lagi, sebuah kapal terbang Mistral tersebut dianggarkan bernilai sekitar USD600 juta iaitu ketika semakan dilakukan pada tahun 2012.

“Mengambil kira kenaikan harga dan kadar mata wang sekarang, ini bermakna kos pembelian kapal perang Mistral ini boleh mencecah RM2.6 billion.

“Oleh itu, mengambil kira kontrak penyelenggaraan dan bantuan teknikal yang selalunya bernilai ratusan juta, saya menganggarkan pembelian ini boleh memakan RM3 billion dana rakyat,”ujarnya.

Berikutan itu, Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan didesak untuk membentangkan perkara tersebut kepada Parlimen, Oktober nanti.

Tambahnya lagi, jika kerajaan melakukan pembelian tersebut, ianya amat tidak bersesuaian berikutan dengan keadaan ekonomi semasa Negara yang berada dalam keadaan parah.

Rafizi berkata, pembelian itu juga akan mengundang kontroversi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");