Jenayah

Rampas 1,369 peredam bunyi tiruan

Butterworth: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Seberang Perai Tengah (SPT) rampas 1,369 unit peredam bunyi motosikal tiruan bernilai RM68,450 dalam serbuan di Jalan Kikik, Taman Inderawasih, 12 tengah hari semalam.

Dalam serbuan itu, lapan anggota dan pegawai KPDNKK cawangan berkenaan menyerbu gudang simpanan di situ selepas mendapat aduan daripada pihak syarikat terbabit.

Ketua Cawangan KPDNKK SPT, Abdul Wadi Wahab berkata, kesemua barangan berkenaan disahkan tiruan selepas label dan kualiti diteliti pihak syarikat pemilik jenama berkenaan.

Katanya, pihak KPDNKK sudah mengambil keterangan daripada ketiga-tiga pemilik gudang berkenaan dan masih menyiasat bagaimana barang tiruan itu diperoleh.

Kes disiasat mengikut Seksyen 8(2)(b) Akta Perihal Dagangan 2011.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");