Sukan Hari Ini

Razie ingatkan rakan usah leka lawan THT

Kuala Lumpur: Jangan ulangi kesilapan! Itu ingatan kapten pasukan Kelab Hoki Kuala Lumpur (KLHC) Muhammad Razie Rahim kepada rakan sepasukan menjelang perlawanan ‘hidup mati’ dengan Pasukan Hoki Terengganu (THT) di Stadium Batu Buruk, Terengganu malam esok.

Razie merujuk kepada keputusan seri 4-4 dengan pasukan Sapura, Ahad lalu yang menyaksikan KLHC kini berada dalam keadaan genting untuk menjuarai Liga Hoki Malaysia (MHL) musim ini.

Pasukan bimbingan Muhammad Dharma Raj Abdullah itu tidak mempunyai pilihan kecuali menang perlawanan terakhir ketika THT hanya memerlukan seri.

“Kami tidak sepatutnya berada dalam situasi sebegini jika memenangi perlawanan dengan Sapura. Tapi, pemain terutama di barisan pertahanan melakukan terlalu banyak kesilapan sehingga dibolosi empat gol.

“Nasib baik kami mampu bangkit menyamakan kedudukan dan terus memberi harapan untuk bersaing dengan THT. Kalaulah kalah pada perlawanan itu, kami sudah boleh melupakan kejuaraan,” kata Razie.

Keputusan seri dengan Sapura menyaksikan kedudukan KLHC di tangga teratas dipintas oleh THT yang menundukkan Maybank 3-2. Kedua-dua pasukan kini hanya dibezakan satu mata manakala pasukan Pantai Timur itu mendahului dengan 24 mata.

“Kami tidak ada pilihan kecuali mengalahkan THT untuk muncul juara sedangkan mereka hanya perlu seri. Saya letakkan peluang kedua-dua pasukan adalah 50-50. Tapi, setiap pemain perlu fokus dan mengurangkan kesilapan walaupun sedikit jika mahu menang.

“Kalau kami bermain sebagaimana ketika menentang Sapura, maka lupakan saja niat hendak julang piala. THT bukan calang-calang pasukan, mereka menunjukkan peningkatan sejak akhir-akhir ini. Apatah lagi mereka bermain di gelanggang sendiri,” ujar Razie.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");