Panasnya Hari Ini

Rizal Pertahan Tindakan Panggil Duta China Mengikut Protokol

KUALA LUMPUR:Tmbalan Menteri Luar Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mempertahankan tindakannya dengan memanggil Duta Besar China adalah merupakan amalan biasa yang dibuat mengikut protokol selepas mendapat persetujuan Menteri dan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian bagi membidas kenyataan yang dilontarkan oleh sesetengah pihak yang mendakwa beliau tidak mengikut protokol  apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang ke Wisma Putra semalam.

Memetik sumber laporan Freemalaysiatoday, tindakan itu katanya setelah berbincang dan mendapat persetujuan daripada Menteri Luar dan selepas perbincangan dengan Perdana Menteri.

“Ingin saya tegaskan bahawa keputusan untuk memanggil Duta China dibuat oleh Wisma Putra setelah mendapat persetujuan daripada Menteri Luar selepas berbincang dengan Perdana Menteri.

“Semuanya dilakukan dengan penuh disiplin pentadbiran dan sejajar dengan amalan biasa Kementerian Luar Negeri.

“Adalah malang dan tidak benar sama sekali untuk membuat andaian bahawa saya sebagai Timbalan Menteri telah membuat keputusan sendiri tanpa mengikut prosedur dan protokol Wisma Putra,” katanya.

Beliau turut menyatakan kekesalan dengan tindakan pihak tertentu yang sewenang-wenangnya melemparkan tuduhan yang tidak berasas sehingga merumitkan usaha Wisma Putra dalam menyelesaikan sesuatu isu itu dengan lebih baik.

“Tindakan meremehkan keputusan kolektif yang dibuat di Wisma Putra adalah satu tindakan yang lemah, cetek dan cuai,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");