Sukan Hari Ini

Rooney idam gol ke-50

London: Selepas menyamai rekod Bobby Charlton selaku penjaring terbanyak England ketika menentang San Marino Wayne Rooney mahu memburu rekod baru di hadapan penyokong sendiri apabila bertemu Switzerland di Stadium Wembley pada perlawanan kelayakan Euro 2016, esok.

Gol pembukaan sepakan penalti Rooney menang 6-0 di San Marino mengesahkan tempat England di Euro 2016 adalah jaringan antarabangsa ke-49.

Pemain berusia 29 tahun itu perlu satu lagi untuk muncul selaku penggempur Three Lions mencapai 50 gol di peringkat kompetitif.

“Ia memang pengalaman manis melakukan jaringan di San Marino. Bagaimanapun impian akan lebih istimewa jika dapat melakukannya pada perlawanan esok,” kata penyerang Manchester United itu. – AFP

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");