Jenayah

Rumah dua tingkat hangus

Sabak Bernam: Sebuah rumah hangus dalam kebakaran di Jalan Pekan Parit Baru, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata, kejadian kira-kira jam 11 malam itu mengakibatkan rumah dua tingkat itu musnah keseluruhannya.

“Bagaimanapun tujuh ahli keluarga dalam rumah itu serta dua kereta terselamat.

“Punca kebakaran masih belum diketahui manakala jumlah kerugian masih dalam siasatan,” katanya.

Mohd Sani berkata, enam anggota dan pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sabak Bernam terbabit dalam operasi pemadaman itu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");