TAPAH: Sebuah rumah kedai yang kosong dipercayai tidak berpenghuni dan sebuah motosikal hampir musnah dalam kebakaran yang berlaku sekitar jam 11.40 malam semalam.
Menurut Jurucakap Balai Bomba dan penyelamat, kejadian tersebut berlaku berhampiran Jalan Masjid Jamek dekat sini malam semalam.
“Pihak Bomba mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah kosong Kelas ‘A’ yang musnah terbakar hampir 20 peratus,” kata sumber.
Tambahnya lagi, dalam kejadian itu juga sebuah motosikal yang berada di lokasi kejadian juga musnah hampir 20 peratus.
Namun bagaimanapun tiada mangsa yang terlibat dan tercedera dalam kebakaran itu.
“Pihak anggota penyelamat telah bertindak membuat pemadaman dengan menggunakan satu aliran bersumber daripada tangki air jentera,” katanya.
Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 12.19 tengah malam semalam yang diketuai oleh Ketua Operasi PBK II Abu Hassan Shaari.