Sukan Hari Ini

Santokh, Hassan malu aksi pemain negara

KEKALAHAN memalukan Harimau Malaya ternyata menjadi perbualan hangat peminat bola sepak tempatan.

Bola sepak bukan hanya sekadar sukan semata-mata malah ia mampu membawa nama negara di persada antarabangsa.

Legenda bola sepak negara, Datuk Santokh Singh menegaskan beliau selaku bekas pemain bola sepak kebangsaan berasa malu dan kecewa dengan permainan yang ditunjukkan skuad kebangsaan.

“Saya harap pemain perlulah lebih memberikan semangat juang yang tinggi ketika membawa nama negara dan jauhkan dari sifat hanya untuk mengejar populariti dan keuntungan sahaja.

“Selain pemain dan jurulatih, saya juga meminta agar pihak pengurusan bola sepak negara turun padang memperbaiki kelemahan dan kemerosotan bola sepak negara kini,” katanya.

Menurutnya, kekalahan memilukan Harimau Malaya tanpa sebarang jaringan balas menunjukkan era bola sepak Malaysia tidak akan pulih jika tiada pembaharuan.

“Ini menunjukkan pemain Malaysia sudah mula hilang semangat perjuangan dalam usaha melonjakkan nama Malaysia ke persada dunia,” katanya.

Dalam pada itu, bekas penyerang kebangsaan, Hassan Sani begitu terperanjat mengenai berita kekalahan tersebut.

“Saya selaku bekas pemain sungguh kecewa dan sedih mengenai perkara ini.

“Saya juga enggan menyalahkan jurulatih dan barisan pemain tetapi perkara ini haruslah diberi keutamaan memandangkan arena bola sepak kita sudah semakin tenggelam dari mata dunia,” katanya.

Hassan bagaimanapun berkata, berita kekalahan ini perlulah dibiarkan berlalu dan mengambil iktibar serta mengorak langkah untuk memantapkan lagi skuad negara.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");