Sukan Hari Ini

Satu mata berharga Fighters

PENOLONG Ketua Jurulatih Felda United, Mohd Nik menyifatkan satu mata diraih ketika menentang Kelantan amat berharga.

Jelasnya, berdepan pasukan tuan rumah bukanlah mudah namun pemainnya berjaya membuktikan kemampuan untuk sekurang-kurangnya membawa pulang satu mata.

“Satu mata yang amat berguna untuk meneruskan saingan dalam Kumpulan C Piala Malaysia.

“Alhamdulillah kita juga berjaya memastikan rekod cemerlang menentang Kelantan terus memihak kepada Felda United,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Mengulas corak permainan dipamerkan anak didiknya, Mohd memuji semangat juang bangkit melawan walaupun ketinggalan.

“Memang kita beraksi corak bertahan awal permainan kerana kita tahu, 15 minit pertama tuan rumah pastinya agresif memburu gol.

“Melakukan serangan balas jika ada peluang dan alhamdulillah pemain mengikuti segala arahan diberikan.

“Kita ketinggalan namun pemain tidak menunggu lama menyamakan kedudukan, inilah semangat yang kita perlukan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");