Sukan Hari Ini

‘Saya sayangkan haters saya’

“SAYA sayangkan haters saya, dan saya mengucapkan terima kasih kepada mereka atas kejayaan saya,” titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Tunku Ismail melahirkan rasa gembira susulan kejayaan Harimau Selatan membenam South China 3-1 di Hong Kong, kelmarin sekaligus berjaya melakar sejarah apabila muncul kelab pertama negara mara ke pentas separuh akhir Piala AFC 2015.

Kenyataan yang dipetik menerusi laman Facebook Johor Southern Tigers menerima respons positif dari penyokong Johor Darul Ta’zim (JDT) mahupun penyokong pasukan bola sepak tempatan.

Tunku Ismail yang juga Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkata, beliau menghormati para pembenci kerana merekalah penyebab untuknya menjadi lebih tabah dan gigih dalam usaha mencapai cita-cita serta terus berjuang demi pembangunan bola sepak dan bangsa Johor.

“Mereka menginspirasikan saya untuk menempa sejarah, dan membuktikan bahawa mereka salah.

“Oleh itu, saya berharap mereka terus membenci kerana saya akan menggunakan kebencian tersebut sebagai motivasi untuk mencapai kejayaan,” titahnya.

Menurut Tunku Ismail lagi, kejayaan yang dikecapinya kini turut merupakan hasil dari kritikan dilemparkan haters kepadanya, namun beliau tetap yakin usahanya tidak sia-sia malah menyifatkan sejarah baharu yang dibina JDT semalam merupakan satu pencapaian paling tinggi dikecapi arena bola sepak tempatan.

Di akhir statusnya, Tunku Ismail turut bertitah bahawa beliau turut terhutang budi semua haters yang membencinya selama ini.

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");