Membawang Hari Ini

Sekuel Contracted rungkai misteri?

BAGI mereka yang menonton sekuel pertama filem ini pasti masih mengingati kesukaran yang dilalui gadis muda bernama Samantha setelah dijangkiti penyakit misteri.

Ia berlaku apabila Samantha yang sedang berparti dirogol dan mula melalui peristiwa ngeri selepas itu.

Merupakan sebuah filem seram yang diterbitkan pada tahun 2013 arahan Eric England. Contracted mengisahkan tentang Samantha lakonan Najarra Townsend yang mendapati dirinya menghidap penyakit kelamin misteri selepas dirogol.

Bagi Contracted Phase 2, kesinambungan terhadap kejadian yang menghantui Samantha berterusan apabila gadis muda itu melakukan hubungan kelamin dengan Riley yang akhirnya memindahkan penyakit sama kepada lelaki itu.

Riley kemudian berusaha mencari individu yang bertanggungjawab memindahkan dan menyebarkan penyakit misteri tersebut kepada mereka dan ramai yang lain.

Sejenis penyakit misteri disebarkan dengan simptom-simptom ngeri dan jijik yang dihidapi Samantha pada filem terdahulu, kini dihidapi oleh Riley dalam Contracted Phase 2. Sebuah ulang tayang yang membosankan serta dapat diduga.

Bagi penulis, satu-satunya kebaikan filem ini mampu menjentik amaran dan ketakutan kepada sesiapa pun yang gemar melakukan seks bebas.

Filem ini pernah dibandingkan dengan filem Thanatomorphose yang ditayangkan pada 2012 kerana berkongsi persamaan dari segi jalan cerita.

Anehnya, pada filem Contracted pertama, ia tidak disebut sebagai wabak tetapi untuk Contracted Phase 2, ia disebut sebagai wabak yang mengakibatkan sesiapa yang menjangkitinya mereput dan diserang ulat mayat dari bawah permukaan. Bukan sahaja mereka melalui
hubungan seksualiti tetapi juga menerusi ciuman dan darah.

Naskhah yang diarahkan oleh Josh Forbes dengan lakon layar oleh Craig Walendziak ini sememangnya mendebarkan. Namun suntikan debaran itu hanya terletak kepada kelebihan pencahayaan dan bunyi. Bukan pada jalan ceritanya kerana pada sekuel kali ini ia tetap
kabur.

Dan watak pelakon yang dijangkiti masih misteri dan bertindak tanpa arah seperti Zombi. Klise.

Solekan berkesan

Harus saya akui filem ini berjaya membuat saya teruja untuk menontonnya kerana keberkesanan solekan. Gambaran yang diberi untuk memperlihatkan seseorang menghidap penyakit misteri terhadap tubuh berjaya dipamerkan dengan baik.

Dari segi plot penceritaan ia digunakan sepenuhnya untuk menceritakan setiap perubahan yang berlaku pada tubuh badan Riley. Namun perubahan tersebut ada kalanya mengelirukan kerana luka Riley sekejap berada di kanan badan dan sekejap di sebelah kiri. Istilah mudahnya, lari konti.

Boleh dikatakan banyak plot hole yang membuatkan keseluruhan filem menjadi cacat dan menimbulkan persoalan.

Apa pun, filem yang dilakonkan oleh pelakon yang tidak dikenali sudah tentu mutu lakonannya biasa-biasa sahaja. Skrip juga tidaklah sehebat mana kerana banyak watak yang hilang begitu sahaja tanpa ada signifikannya terhadap watak-watak yang lain.

Satu-satunya yang menarik perhatian penonton adalah solekan. Solekan dan perubahan drastik bagi menggambarkan wabak yang dihidapi memang sempurna.

Secara total, saya lebih menyukai Contracted pertama berbanding kali ini kerana ia tidak lebih sebagai ulang tayang yang berlaku terhadap Samantha.

CONTRACTED 2
PENGARAH: JOSH FORBES
PELAKON:MATT MERCER, ALICE MACDONALD, PETER CILELLA, MARIANNA PALKA
GENRE: SERAM/NGERI
DURASI: 78 MINIT
KLASIFIKASI: 18
TAYANGAN: 3 SEPTEMBER 2015
KESELURUHAN: *** BESTLAH

-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");