Jenayah

Sesat di lautan 12 jam kerana jerebu tebal

PONTIAN: ?Dua nelayan melalui detik mencemaskan apabila tersesat hampir 12 jam di tengah lautan selepas gagal menemui arah akibat jerebu luar biasa ketika sedang menangkap ikan di sekitar Pulau Pisang dan Pulau Kukup, semalam.

?Mangsa Osman Mohd Yusof, 46, dan rakannya Saiful Nizam Md Said, 35 ditemui oleh nelayan bot pukat tunda kira-kira jam 1 petang semalam berhampiran kawasan perairan di Parit Botak Senggarang Batu Pahat.

?Menceritakan semula detik tersebut, Osman berkata, dia dan Saiful turun ke laut menaiki bot gentian kaca dari Pengkalan Sungai Penerok, Kukup, kira-kira jam 4 petang, kelmarin.

?Katanya, ketika berada di tengah lautan, keadaan jerebu bertambah teruk menyebabkan cahaya lampu rumah api Pulau Pisang yang menjadi panduan nelayan tidak langsung kelihatan.

“Kami mengambil keputusan untuk pulang, namun kawasan daratan juga tidak kelihatan. Lebih teruk lagi, kami berdua tertinggal telefon bimbit.

“Hanya gelombang ombak menjadi panduan. Keadaan sekeliling juga sudah bertambah gelap ketika itu,”katanya.

Bagaimanapun, mereka bernasib baik? apabila cahaya lampu daripada sebuah rumah api mula kelihatan.

“?Kami sangka cahaya lampu itu dari Rumah Api Pulau Pisang, rupanya ia datang dari rumah api di kawasan Batu Pahat kerana ia kelihatan bukan berada di kawasan pulau.

“Disebabkan kami sudah terlalu kepenatan, kami tertidur di dalam bot. Hanya air masak di dalam botol yang dibawa jadi bekalan kami sepanjang di laut pada malam itu,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");