Panasnya Hari Ini

Skuad Remaja Kebangsaan B13 Raih Pengalaman Berharga

KUALA LUMPUR: Seramai 54 pemain skuad bawah13 tahun meraih pengalaman berharga menerusi Program Jelajah United Kingdom dan Program Jelajah ASEAN yang dianjurkan oleh Program Pembangunan Bola Sepak Negara (PPBN).

Pengarah Projek PPBN, Lim Teong Kim menerusi kenyataan medianya hari ini berkata, kedua-dua program tersebut telah bermula dari 12 September dan berakhir pada 26 September lalu.

“Seramai 25 pemain telah dipilih untuk Jelajah United Kingdom dan 29 lagi menyertai Jelajah Asean.

“Program Jelajah UK melibatkan 10 perlawanan persahabatan menentang akademi-akademi Liga Perdana dan Liga Kejuaraan England seperti Liverpool, Manchester City, Crystal Palace, Tottenham Hotspur dan West Ham,” katanya.

????????????????????????????????????

Tambahnya lagi, program Jelajah UK pada tahun ini juga telah mencapai objektif yang diinginkan.

“Setiap tahun kita mahukan perlawanan yang berkualiti dan kompetitif untuk para pemain ini dan dengan penganjuran program sebegini, kita telah dedahkan seberapa ramai pemain dengan persekitaran bola sepak di tahap tertinggi dan bertaraf dunia,”jelasnya.

Program Jelajah United Kingdom merupakan program tahunan yang dianjurkan dan mendapat kerjasama kelab Liga Kejuaraan Inggeris, Queens Park Rangers (QPR) yang merupakan salah satu rakan nasional PPBN.

????????????????????????????????????

Selain itu, QPR turut menerima empat jurulatih dari PPBN yang akan menyertai kejurulatihan intensif di bawah Akademi Bola Sepak QPR selam tiga minggu bermula dari 27 September hingga 17 Oktober ini.

Empat jurulatih tersebut ialah Abdul Jalil Md Isa (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Perlis), Armi Shariff (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Terengganu), Omar Maya Amat (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Sabah) dan Zabidi Osmain (Ketua Jurulatih Remaja Negeri Johor).

Sementara itu, bagi Program Jelajah ASEAN pula melibatkan seramai 29 pemain dan sembilan jurulatih telah dihantar ke Thailand, Cambodia dan Vietnam.

Program Jelajah ASEAN kali ini diketuai oleh Wan Rohaimi Wan Ismail.

????????????????????????????????????

Inisiatif ini diambil bagi memberi pendedahan pengalaman di luar Negara kepada lebih ramai pelatih skuad elit.

Pemain-pemain ini mendapat pendedahan sulung bermain di luar Negara melalui perlawanan-perlawanan menentang akademi-akademi utama di ketiga-tiga Negara tersebut seperti Chonburi FC, PVF Vietnam dan Phnom Penh Crown FC.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");