Berita Hari Ini

Sokong cadangan Ahmad Shabery

TEMERLOH – Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Temerloh menyambut baik dan menyokong cadangan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek supaya cukai barang dan perkhidmatan (GST) untuk makanan ternakan dimansuhkan.

Pengerusi Jemaah Pengarah PPK Temerloh Abu Hanipah Majid berkata, sokongan terhadap cadangan itu dibuat berikutan semua pihak dari pengilang hingga ke peruncit boleh menebus balik cukai tersebut daripada kerajaan tetapi tidak boleh dikutip oleh pengguna akhir.

Menurutnya, sebagai contoh penternak ikan sangkar terpaksa membeli makanan ikan dengan kos GST tetapi mereka tidak boleh mengutip balik bayaran GST daripada pengguna.

“Bagi saya pengguna akhir ini seperti peniaga ikan terpaksa menanggung kos makanan ikan yang tinggi dengan GST tetapi tidak boleh mengutipnya melalui pelanggannya. Ini sudah tentu tidak adil kepada pengguna akhir dan cadangan menteri untuk menghapuskan GST bagi makanan ternakan memang patut dibuat,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Abu Hanipah berkata, cadangan untuk memansuhkan GST bagi makanan ternakan termasuk ikan, ruminan dan makanan ayam dan itik sudah tentu melegakan penternak secara keseluruhannya.

Beliau berkata, cadangan itu sangat menarik perhatian penternak dan berharap ianya dapat direalisasikan sekaligus mengurangkan kos yang terpaksa ditanggung pengguna akhir.

Menurutnya, cadangan memansuhkan cukai GST terhadap makanan ternakan itu juga diyakini dapat menarik penglibatan lebih ramai peniaga khususnya dalam bidang penternakan dan makanan negara.

“Saya harap perkara ini dipertimbangkan secara serius kepimpinan kita, dan kami di peringkat bawah menyokong segala keputusan yang dibuat demi kebaikan bersama,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");