Panasnya Hari Ini

Surat Tunjuk Sebab Daripada Umno Masih Belum Diterima Saifuddin

KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Menteri Datuk Saifuddin Abdullah menyatakan beliau masih belum menerima surat tunjuk sebab yang dihantar UMNO kepadanya kerana menyertai perbincangan pembentukan pakatan pembangkang baharu.

Menurut laporan The Malaysian Insider, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mendakwa surat berkenaan telah dihantar namun Saifuddin menyatakan bahawa pejabat beliau masih belum menerimanya.

“Ada cuti Hari Raya Haji dan pejabat GMM juga tutup pada Jumaat. Tetapi setakat ini, saya belum terima. Mungkin ia masih dalam perjalanan,” katanya.

Saifuddin menyatakan beliau akan membuat keputusan lanjut selepas menerima surat berkenaan.

Ketua pegawai eksekutif (CEO) Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) itu menegaskan tindakan beliau menyertai perbincangan itu adalah sebagai ahli NGO dan ahli masyarakat sivil.

Dalam pada itu, Tengku Adnan menyatakan tindakan Saifuddin menyertai perbincangan meja bulat itu telah mencemarkan imej UMNO kerana beliau adalalah ahli parti itu sendiri.

Saifuddin sebelum ini pernah mengalas jawatan sebagai timbalan menteri pendidikan tinggi, ahli Majlis Tertinggi dan ahli Parlimen Temerloh.

Beliau kini hanya ahli biasa UMNO selepas gagal mempertahankan jawatannya pada Pilihanraya Umum lalu.

Saifuddin dalam masa yang sama turut tampil lantang mengkritik dasar kerajaan dan dianggap sebagi seorang ahli UMNO yang progresif.

Walaupun begitu, beliau tetap setia dengan UMNO dan enggan meninggalkan parti itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");