Berita Hari Ini

Suspek MT Orkim Harmony akan terus disiasat

KUALA LUMPUR – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) akan mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa Indonesia berhubung penahanan suspek utama kes rampasan kapal tangki MT Orkim Harmony, di Indonesia pada 17 September ini.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi APMM Laksamana Madya Maritim Datuk Ahmad Puzi Ab Kahar berkata, buat masa ini suspek akan berada di Indonesia kerana ia memudahkan pengumpulan bukti dilakukan dan jika ada keperluan untuk dibawa ke Malaysia baru APMM akan berbuat demikian.

“Buat masa ini, dalang utama rampas MT Orkim Harmony akan terus disiasat di Indonesia sebelum diputus untuk didakwa di mana-mana negara,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Bagaimanapun, Ahmad Puzi berkata, pihaknya turut akan menghantar wakil bagi membantu pihak Indonesia dalam menyelesaikan kes itu.

Khamis lepas, suspek utama dipercayai dalang dalam rampasan kapal tangki itu pada Jun lepas ditahan pasukan IV Tindak Balas Cepat Armada Barat Tentera Laut Indonesia.

Suspek warga Indonesia dikenali sebagai Albert Yohanes ditahan di sebuah apartmen di Grogol Petamburan, Jakarta Barat dan kini ditahan di Kelapa Gading, Jakarta Utara.

Kapal MT Orkim Harmony dirampas pada 11 Jun ketika berada 30 batu nautika dari Tanjung Sedili di Johor ketika membawa 6,000 tan metrik muatan petroleum RON95.

Kapal tangki tersebut telah dikesan berada di Teluk Siam oleh sebuah kapal terbang peninjau Tentera Udara Diraja Australia yang berpangkalan di Butterworth pada 17 Jun lalu.

Lapan lanun ditangkap Pasukan Pengawal Pantai Vietnam berhampiran Phu Quoc selepas melarikan diri dari kapal terbabit pada 19 Jun.

Petroleum dalam kapal terbabit dimiliki Petronas dan ia dikendalikan oleh Orkim Ship Management. Semasa kejadian kapal itu membawa 22 kru termasuk 16 rakyat Malaysia, Indonesia (lima) dan Myanmar (seorang).

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");