Panasnya Hari Ini

Syed Mokhtar Albukhary Bukan Penulis Artikel Berkaitan Najib

KUALA LUMPUR: Yayasan Al Bukhary menegaskan bahawa pengerusinya, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary bukanlah penulis artikel yang tersebar luas di media sosial yang bertajuk ‘ Luahan Hati Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary Berkenaan Najib Razak’ pada 29 Ogos lalu.

Menerusi kenyataan media yang diterbitkan di laman web yayasan tersebut, www.albukharyfoundation.org menyatakan bahawa artikel yang diviralkan itu telah menyebabkan salah faham masyarakat dengan mempercayai bahawa artikel tersebut telah ditulis oleh Syed Mokhtar Al Bukhary.

Terdahulu, artikel yang tersebar luas itu menceritakan tentang pandangan dan luahan perasaan beliau kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di atas segala kebaikan yang dilakukan oleh Perdana Menteri sejak enam tahun lalu.

Bukan sahaja media sosial, artikel tersebut juga telah diterbitkan semula melalui pelbagai lagi medium termasuklah blog dan aplikasi Whatsapp.

“Kami tidak akan membiarkan perbuatan tersebut yang menyamar sebagai Tan Sri Mokhtar Al Bukhari, termasuklah sebarang penggunaan yang menyalahi undang-undang dan yang menyalahgunakan nama beliau.

“Untuk mengelakkan sebarang kekeliruan dari terus terjadi, laman web Yayasan Al Bukhari akan menjadi satu-satunya medium rasmi untuk Tan Sri Syed Mokhtar,” menurut kenyataan tersebut lagi.

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary merupakan Pengerusi Yayasan Al Bukhary yang telah ditubuhkan pada March 1996.

Yayasan tersebut merupakan sebuah organisasi amal untuk menjaga kebajikan sosial, pendidikan dan sebagainya secara lebih adil dan bertolak ansur selain daripada merapatkan jurang antara golongan kaya dan miskin, dan di antara Islam serta bukan Islam.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");