Sukan Hari Ini

Tak kisah kayu atau konkrit

Kuala Lumpur: Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) tidak kisah sama ada Velodrom Rakyat menggunakan kayu atau konkrit.

Naib Presiden PKBM Datuk Amarjit Singh Gill berkata, sebaliknya pihaknya gembira kemelut berkaitan velodrom di Ipoh bakal berakhir.

“Kami mengalu-alukan kelulusan peruntukan RM7 juta untuk membaiki velodrom itu. Kita tidak kisah sama ada trek berkenaan menggunakan kayu atau konkrit,” katanya yang juga Presiden Persatuan Berbasikal Perak (PCA).

PKBM sebelum ini pernah mencadangkan penggunaan kayu yang dinamakan ‘accoya’ dengan jaminan 50 tahun.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar pada Ahad lalu meluluskan peruntukan RM7 juta yang diumumkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

“PCA akan bekerjasama dengan pihak berkuasa termasuk JKR (Jabatan Kerja Raya) dalam memberikan segala bantuan teknikal.

“Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi memastikan veldorom berkenaan dimanfaatkan sepenuhnya termasuk mengadakan pertandingan bulanan,” katanya.

– http://www.hmetro.com.my/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");