Jenayah

Tak sempat nikmati hasil tangkapan

BUKIT MERTAJAM: Kegembiraan sekumpulan warga asing menjala di Empangan Mengkuang, di sini, bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat lemas di kawasan berkenaan.

Dalam kejadian jam 1.30 tengah hari itu, mangsa, Sonu Damai, 21, dipercayai lemas apabila cuba untuk melepaskan pukat yang tersangkut ketika menjala di empangan tersebut.

Menurut sumber, ketika kejadian mangsa bersama empat lagi rakannya menjala ikan di kawasan empangan itu.

“Jala yang digunakan mangsa tersangkut dan mangsa cuba untuk menaikkan jala tersebut.

“Bagaimanapun, mangsa bersama seorang lagi rakan secara tiba-tiba terjerlus dalam selut, rakan mangsa yang berada di tempat kejadian cuba menyelamatkan mangsa namun gagal,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Baharom Abu berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu kira-kira jam 6.30 petang.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat mangsa turut disertai agensi lain seperti Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Pertahanan Awam.

“Mangsa yang bekerja di sebuah kilang di Perai ditemui kira-kira jam 7 malam.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Seberang Jaya bagi proses bedah siasat,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");