Membawang Hari Ini

Terkandas Hampir Lapan Jam, Fazli Zainal Kritik Servis Malindo Air

PETALING JAYA: Penyanyi Fazli Zainal menegur syarikat penerbangan Malindo Air kerana gagal memberi perkhdimatan yang baik selepas dia dan penumpang lain terkandas hampir lapan jam di lapangan terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang di sini pada Ahad.

Fazli, 38, turut kesal apabila syarikat penerbangan itu menangguhkan masa penerbangannya dari Subang ke Langkawi tanpa memaklumkan kepada penumpang.

“Kalau penerbangan ditangguhkan sebab masalah jerebu tidak mengapa. Tetapi ia berkaitan masalah teknikal. Dan mereka tidak memberitahu kepada penumpang awal-awal.

“Buat kita (penumpang) jadi orang bodoh menunggu di lapangan terbang Subang dari pukul 8.45 pagi Ahad sehingga ke pukul 4 petang,” katanya kepada mStar Online pada Isnin.

Tambah penyanyi lagu Harapan itu, dia juga terkilan apabila pegawai khdimat pelanggan yang dihubunginya meminta dia menunggu perkembangan daripada syarikat itu, namun dia tidak mendapat sebarang mesej seperti dijanjikan.

Kata Fazli, dia turut meluahkan rasa tidak puas hati itu di laman sosial Facebook miliknya apabila tidak sanggup melihat golongan warga emas dan kanak-kanak menunggu bagi mendapatkan penerbangan baharu dalam tempoh yang lama.

“Mereka tidak fikir ke orang tua yang duduk di kerusi roda menunggu berjam-jam. Bayi-bayi pula dalam kepanasan kerana menunggu di ruang yang sesak dengan orang ramai.

“Pelajar sekolah pula dilihat kepenatan, apatah lagi mereka akan ke sekeolah pada keesokan harinya.

“Saya anggap pengurusan syarikat penerbangan ini terlalu lemah,” ujarnya.

Fazli yang bercuti ke Langkawi berkata, dia yang akan pulang ke Kuala Lumpur pada Selasa dengan menggunakan perkhidmatan sama turut mengharapkan agar kejadian serupa tidak berulang.

Malah Fazli turut menasihati syarikat penerbangan itu agar memperbaiki perkhidmatan mereka jika benar-benar ingin memberikan kemudahan terbaik kepada pelanggan.

Terdahulu satatus Facebook Fazli yang menyelar perkhidmatan syarikat penerbangan itu mendapat lebih 164 like dan pelbagai komen.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");