Sukan Hari Ini

‘Tiada alasan buat England’

PENGENDALI skuad The Three Lions, Roy Hodgson, memberitahu kepada pemainnya bahawa tiada alasan buat England untuk tidak muncul sebagai juara Euro 2016 di Perancis nanti.

Ini kerana menurut perancang tengah England, Jonjo Shelvey, jurulatihnya itu yakin dengan kemampuan yang dimiliki oleh barisan pemainnya.

“Dia (Hodgson) mahu kami terus menang yang meningkatkan prestasi kami ke tahap yang lebih tinggi.

“Ini kerana kami tidak mempunyai alasan untuk tidak muncul sebagai juara,” katanya.

England setakat ini gah menghuni tangga teratas Kumpulan E, Kelayakan Euro selepas mengumpul 18 mata.

Tempat mereka ke Perancis akan terjamin andai mampu menumpaskan San Marino, Ahad ini.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");