Panasnya Hari Ini

Tiada Kenaikan Bayaran Proses MyKad – JPN

KUALA LUMPUR: Menurut Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menafikan dakwaan bayaran proses MyKad tidak dinaikkan dari RM10 ke RM50 seperti tersebar di media sosial.

Pihaknya juga menyatakan bahawa maklumat yang tersebar tersebut sama sekali adalah tidak benar.

“Sehingga kini tiada sebarang perubahan bayaran dikenakan ke atas permohonan MyKad,” menurut dalam satu kenyataan.

JPN juga mengharapkan kerjasama daripada orang awam supaya tidak mudah untuk mempercayai sumber berita dari laman sosial atau media tidak rasmi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan.

“Ingin ditegaskan bahawa sebarang penyiaran maklumat berkaitan kad pengenalan atau hal ehwal berkaitan jabatan ini hanya boleh disahkan oleh Ketua Pengarah Pendaftaran Negara dan Pegawai yang dilantik sahaja,” menurut kenyataan itu lagi.

JPN turut menjelaskan bahawapenukaran MyKad adalah digalakkan namun ia bukanlah diwajibkan dan MyKad sedia ada juga masih sah untuk digunakan.

Selain itu pengeluaran MyKad adalah merupakan perkhidmatan yang berterusan tanpa tarikh tutup dan tanpa sebarang tambahan bayaran.

Bagi sebarang maklumat yang berkaitan dengan JPN, orang awam dinasihat melayari sendiri laman web rasmi JPN di www.jpn.gov.my atau menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan JPN di talian 03–88807077 atau e-mel ke [email protected].

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");