Panasnya Hari Ini

Tiada Perkara Pelik Akan Berlaku Dalam Mesyuarat MT -Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Tan Sri Annuar Musa menjangkakan tiada perkara pelik yang bakal berlaku pada Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno petang ini dan meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berkenaannya.

Memetik sumber daripada Mstar,beliau berkata demikian sejurus selepas mengadakan kunjungan ke Yayasan Pelajaran Malaysia (YPM) hari ini.

Beliau yang juga merupakan Ahli MT Umno berkata, pelbagai spekulasi yang tersebar tidak dapat dihalang tetapi ia tidak sepatutnya diterima sepenuhnya.

“Jangan spekulasi jadikan kita menggelabah, tak ada yang pelik-pelik yang akan berlaku,” katanya

Mesyuarat MT Umno petang ini bakal menjadi perbualan ramai apabila ia akan dihadiri Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa bakal digugurkan daripada Kabinet Julai lalu.

Mengulas lanjut, Annuar yang juga pengerusi Mara berkata, mesyuarat parti itu boleh dianggap sebagai pertemuan sebuah keluarga besar dalam Umno.

“MT Umno adalah platform untuk kepimpinan parti berbincang, family affair.

“Apa yang berlaku satu dugaan, jangan anggap kami berpatah arang,” katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");