Isu Panas

Tidak mustahil BN ambil alih Tumpat

KOTA BHARU – Dengan perkembangan politik kini, tidak mustahil Barisan Nasional (BN) akan mengambil alih kerusi parlimen Tumpat, kata Setiausaha BN Negeri, Datuk Hanafi Mamat.

Menurutnya, jika Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar meletak jawatan dan Surahanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kerusi tersebut kosong, maka BN bersedia untuk menggantikan Pas di kawasan tersebut.

“Jika berlaku Pilihan Raya Kecil (PRK) sudah tentu BN akan bertanding. Pilihan Raya Umum (PRU)14 akan menjadi lebih menarik jika Pas, Parti Amanah Negara dan BN bertanding.

“Insya-Allah BN akan bekerja keras untuk memenangi hati rakyat menjelang PRU14. Sebagai sebuah parti yg berteraskan kepada pendidikan, kemajuan, keadilan, dan kebajikan rakyat, sudah tentu BN akan teruskan agenda tersebut dengan jayanya,” katanya.

Beliau diminta mengulas kenyataan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang menegaskan tidak akan menyerahkan sewenang-wenangnya kerusi parlimen Tumpat itu walaupun Kamaruddin menyertai PKR.

Hanafi berkata, pelbagai kemungkinan boleh berlaku dan BN juga mampu menggantikan Pas di kawasan tersebut kerana kini rakyat sudah mula sedar yang kestabilan politik amat penting untuk mereka.

“Jika parti terbesar negara iaitu BN di beri mandat, Insya-ALLAH kita akan berikan yang terbaik untuk rakyat. Terasnya ialah Umno itu sendiri, dan kita sudah menyambut ulang tahun ke 69 kali ini,”katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");