Perak Hari Ini

TPM Rasmi Pembukaan Program PTIWRBNM

IPOH: Seramai 536 peserta daripada 14 kontinjen seluruh Malaysia menyertai Program Tahunan Isteri Wakil Rakyat Barisan Nasional seMalaysia 2015 (PTIWRBNM) di Tanjung Rambutan dekat sini.

Program yang berlangsung selama lima hari bermula semalam, telah dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pagi tadi hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir; isteri Perdana Menteri yang juga Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor; Naib Yang Dipertuanya, Datin Seri Hamidah Khamis dan Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI), Datin Seri Saripah Zulkifli yang juga isteri Menteri Besar Perak selaku tuan rumah.

Dalam ucapan perasmiannya sebentar tadi, Ahmad Zahid berkata,penganjuran program sebegini merupakan sesuatu yang dijalankan oleh isteri- isteri berbeza daripada norma kebiasaan mereka.

“Mereka adalah ‘iron lady’ yang bukan sahaja mampu menganjurkan acara sukan tetapi juga program berunsur intelektual,” katanya.

Tambahnya lagi, kemampuan persatuan isteri wakil rakyat khususnya BAKTI perlu dicontohi termasuklah semangat kerjasama, kesungguhan melakukan kerja dan semangat wajar yang ditunjukkan semua.

PERAKTODAY (14)

“Di luar negara ada persatuan seperti ini tapi di sini ternyata persatuan sebegini adalah lebih baik dan tersusun,” katanya.

Sementara itu, menurut Yang Dipertua Badan Amal dan Kebajikan Tenaga Isteri-Isteri Menteri dan Timbalan Menteri (BAKTI), Datin Seri Rosmah Mansor penganjuran PTIWRBNW merupakan wadah bagi mengeratkan ukhwah yang terjalin dan bukan hanya untuk bersukan semata-mata.

“Kita berada disini untuk memupuk semangat muafakat, muhibah dan juga ukhuwah sesama isteri pemimpin,” ucapnya ketika menyampaikan ucapan pembukaan program PTIWRBNW sebentar tadi.

Tambahnya lagi, sebagai isteri pemimpin negara, perlulah bersama-sama bertanggungjawab memastikan keamanan dan kesejahteraan yang terbina dapat terus dipelihara untuk diwarisi generasi akan datang.

“Jangan sesekali kita membenarkan mana-mana pihak meniupkan api perkauman, memainkan sentimen agama serta menjaja fitnah, kebencian dan cubaan meruntuhkan kesepakatan ini.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian kita jauhkanlah sikap seperti enau dalam belukar yang hanya melepaskan pucuk masing-masing,” katanya.

Beliau turut memberi saranan supaya menghindarkan amalan mementingkan diri sendiri dan budaya menfitnah tanpa memikirkan sensitiviti orang lain yang jelas akan memudaratkan sikap toleransi dan hormat menghormati dalam kalangan rakyat kelak.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");