Panasnya Hari Ini

Tun Mahathir Beri Kata Dua Kepada Pemimpin, Ahli UMNO

KUALA LUMPUR: Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi kata dua kepada semua ahli UMNO sama ada memilih parti atau Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menerusi catatan terbaru di blog beliau, chedet.cc, Tun Mahathir berkata, jika pemimpin dan ahli masih sayangkan UMNO, Najib harus disingkirkan dan jika sayangkan Najib, UMNO akan hilang kuasa.

“Jika sayang UMNO, tolak Najib sekarang. Jika sayang Najib, UMNO akan hilang kuasa dan berkecai.

“Ahli-ahli UMNO yang sayang dan ingin UMNO kekal dan berkuasa perlu tolak Najib sebelum pilihanraya. Jika penolakan ini dibuat terlalu lewat, masa untuk pemulihan UMNO tidak mencukupi,” katanya.

Katanya lagi, beliau berasa yakin bahawa pada Pilihanraya Umum ke 14 (PRU14), rakyat akan menolah Barisan Nasional (BN) kerana kepimpinan Najib.

“Dalam PRU14 mereka semua, Melayu, Cina dan India akan tolak BN kerana kepimpinan Najib.

“UMNO akan hancur kerana ramai dari ahli UMNO tidak dapat terima Najib dan perbuatannya. Ramai dari mereka akan undi parti lawan atau tidak mengundi,” tegasnya.

Tun Mahathir turut berkata, rakyat tidak membenci UMNO atau BN, tetapi rakyat tidak dapat menerima Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang lain.

“Perasaan benci rakyat tidak tertumpu kepada UMNO atau BN. Mereka tidak terima Najib dan kemarahan mereka hanyalah kepada Najib dan beberapa pemimpin UMNO yang membodek kerana hendak jawatan atau lain-lain.

“Sesungguhnya majoriti rakyat menolak dan benci Najib sebagai Perdana Menteri,” ujarnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");