Panasnya Hari Ini

Undi Tidak Percaya Pada Najib Adalah Tindakan Demokratik – Tun M

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed menegaskan bahawa mengadakan undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak merupakan satu tindakan demokratik.

Memetik penulisannya di laman blog beliau semalam bertajuk no confidence vote semalam, beliau mencatatkan bahawa Parlimen bermungkinan tidak mempunyai apa-apa peruntukan untuk itu namun Perlembagaan, iaitu undang-undang tertinggi di negara ini dengan jelas menyatakan bahawa jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat sokongan daripada majoriti ahli-ahli Parlimen, beliau harus meletakkan jawatan.

“Perkara 43 (4) Perlembagaan Persekutuan menyatakan “Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli-ahli Dewan Rakyat, maka, melainkan jika atas permintaannya Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen, Perdana Menteri hendaklah menawar perletakan jawatan keseluruhan Kabinet,” catatnya.

Tambahnya lagi, menerusi laporan yang menyatakan bahawa Yang di-Pertua Dewan Rakyat tidak akan membenarkan usul undi tidak percaya dibentangkan di Dewan oleh sesiapa pun oleh kerana perintah tetap (standing order).

Namun bagaimanapun, Parlimen juga didakwanya ‘bisu’ mengenai perkara ini dan juga ia tidak pernah dilakukan sebelum ini.

“Benar, ia tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ini adalah kerana tiada seorang pun daripada lima Perdana Menteri sebelum ini mempunyai 2.6 bilion ringgit dalam akaun peribadi mereka, dan tiada pula mereka terlibat dalam skandal kewangan dan tuduhan pembunuhan sesiapa.

“Tidak ada seorang daripada Perdana Menteri sebelum ini telah membongkarkan institusi-institusi penyiasat asal-usul dan di mana adanya wang yang mereka miliki.

“Tidak ada seorang daripada Perdana Menteri sebelum ini meminjam RM42 bilion pada kos yang tinggi untuk menubuhkan dana pembangunan yang terlibat dalam urus niaga yang curigakan,” katanya.

Ujarnya lagi, tiada seorang pun daripada mereka telah melabur lebih satu bilion USD dalam projek usaha sama dengan syarikat-syarikat Arab yang kredibilitinya juga meragukan.

“Tiada seorang pun daripada mereka telah membubarkan syarikat usaha sama hanya 6 bulan selepas pembentukan dan menukar modal 1MDB menjadi pinjaman dengan pasangan usaha sama itu yang mereka fikir tidak perlu lagi teruskan usaha sama itu,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, senario itu sama sekali berbeza apabila dakwanya Najib terlibat dalam semua ini.

“Dan kini, selain daripada berkata aset 1MDB bernilai lebih daripada 42 bilion Ringgit yang dipinjam, dia tidak dapat membuktikan di mana wang itu berada. Aset ini adalah sebenarnya tanah Kerajaan yang Najib membenarkan 1MDB mengambil alih pada harga yang amat murah, dan kemudian dinilai semula lebih 500 kali ganda,” katanya.

Mahathir turut mempersoalkan tindakan Yang di-Pertua Dewan yang dilihat seakan cuba mengabaikan perlembagaan.

“Tidak hairanlah Malaysia kini disenaraikan sebagai antara negara-negara korup di dunia. Dan kini penyokong kerajaan tidak langsung menghormati Perlembagaan.

“Tiada undi tidak percaya kerana Yang di-Pertuan Dewan tidak akan membenarkannya,” tulisnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");