Isu Panas

Usah pandang ringan isu ahli, pemimpin kecewa

RANTAU PANJANG: Pas dinasihat tidak memandang ringan isu ahli dan pemimpin yang kecewa kerana jumlah tersebut dilihat semakin meningkat seterusnya menjadi salah satu punca pengurangan undi dalam pilihanraya akan datang.

Yang Dipertua Pas Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun berkata, pemimpin yang kecewa di bahagian pusat atau negeri tidak begitu ramai tetapi ia memberi kesan kepada pemimpin bawahan, ahli parti, pengundi dan penyokong.

Menurutnya, makin lama sesebuah parti politik memerintah negeri atau negara, makin ramai puak yang kecewa kerana terhadap parti tersebut.

“Agak mustahil nak melayani kehendak semua rakyat khususnya ahli dan pengundi tegar mereka, apatah lagi Pas memerintah lebih 23 tahun di Kelantan, sudah tentu ramai yang kecewa dengan pentabiran dan pemerintahan kerajaan selama ini.

“Terdapat beberapa punca mereka kecewa antaranya sikap ego sesetengah pemimpin, tidak mendapat layanan yang sempurna daripada wakil rakyat, perubahan mendadak (kejutan budaya) sesetengah wakil rakyat dan pemimpin parti dan perebutan jawatan,” katanya.

Beliau berkata, pelantikan jawatan politik membabitkan ahli majlis daerah, penghulu, pegawai dakwah, guru al-Quran, pengambilan peserta Ladang Rakyat dan pemberian ‘one off’ subsidi turut menyumbang kepada rasa kecewa.

Fatah turut bertanya, sama ada Pas membuat kajian terhadap perkara melibatkan ahli yang kecewa hingga tak mahu bergerak cergas dalam parti dan sikap tunggu dan lihat saja perkembangan yang berlaku.

Ada juga katanya, ahli yang berhasrat hendak keluar parti tapi takut diambil tindakan kerana mereka masih ada kepentingan dengan kerajaan.

“Antara jalan penyelesaian, semua pihak perlu bertanya khabar atau berjumpa secara berdepan terutama golongan ulama di kalangan masyarakat,” katanya kepada Sinar Harian.

Fatah yang juga bekas Adun Bukit Tuku berkata, Pas perlu mencari inisiatif baharu supaya rakyat nampak dan boleh membuat perbandingan, selepas berlakunya pergolakan dalaman.

Ini kerana katanya, rakyat sudah tidak berbangga dengan tugas pemimpin Pas malah mereka mahu lihat perubahan drastik yang mampu dilakukan demi Kelantan.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");