Berita Hari Ini

Usah terpesona isu terasing

Putrajaya: Umat Islam dinasihatkan supaya tidak ‘terpesona’ melihat perbuatan individu yang membantu memberikan air untuk berwuduk pada perhimpunan haram akhir bulan lalu sedangkan paip di masjid tidak pernah ditutup untuk mereka berbuat demikian.

Malah, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, bil air juga tidak dihantar ke rumah umat Islam yang menggunakan kemudahan di masjid.

Beliau berkata, ketika ini umat Islam di negara ini menjadikan beberapa isu yang begitu terasing dan terlampau berbeza sebagai satu isu besar.

“Umat Islam sepatutnya melihat jangkauan lebih jauh daripada jangkauan mata pada hari ini.

“Sekiranya negara diserang dalam pelbagai sudut termasuk oleh media dalam talian (online) dan luar negara, kerencatan kewangan dan perpaduan akhirnya akan merencatkan pembangunan sesebuah negara,” katanya ketika berucap pada Majlis Menandatangani Memorandum Perjanjian Penyelidikan dan Penyerahan Hak Cipta Indeks Syariah Malaysia (ISM).

Jamil Khir berkata, ini jelas dapat dilihat dalam teori ‘Arab Spring’ yang tidak membawa sesebuah negara ke mana-mana seperti yang berlaku di Mesir, Libya atau Tunisia.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");