Sukan Hari Ini

V Shem fokus slot Sukan Olimpik 2016

PEMAIN beregu lelaki negara, Goh V Shem mahu melupakan kekecewaan Kejohanan Dunia dengan mengalihkan tumpuan sepenuhnya kepada pencarian slot Sukan Olimpik 2016. LAPOR NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH

V Shem yang bergandingan dengan Tan Wee Kiong berkata, beliau terpaksa menerima hakikat kekalahan itu dan bersikap terbuka terhadap segala kritikan yang dilemparkan selepas gagal melepasi suku akhir Kejohanan Dunia.

Malah katanya, walaupun sedih, tetapi kekalahan itu sudah berlalu dan tidak perlu difikirkan lagi.

“Saya tidak boleh berbuat apa-apa, kami sudah cuba tapi semuanya tidak menjadi dan saya kena terima keputusan ini.

“Selepas balik dari kejohanan itu, kami telah berbincang dan kami akan perbaiki segala kelemahan.

“Tinggal beberapa bulan sahaja lagi, saya perlu fokus kepada mencari tempat dalam Sukan Olimpik kerana kami betul-betul berharap dapat beraksi di pentas itu,” katanya.

V Shem-Wee Kiong kini menduduki tangga ke-13 dunia selepas mengharungi Kejohanan Dunia di Jakarta baru-baru ini.

Dalam pada itu, mengulas kejohanan selepas ini, V Shem berkata beliau akan beraksi di Siri Super Terbuka Jepun 2015 yang akan bermula 8 September ini,

Bagaimanapun katanya, beliau belum meletakkan sebarang sasaran pada kejohanan tersebut.

“Saya harap kami mampu mara separuh akhir atau akhir kerana kedua-dua kejohanan itu sangat penting buat kami sekarang ini.

“Berdasarkan permainan sebelum ini, memang kami berdepan masalah menukar strategi perlawanan. Jadi saya harap sepanjang latihan ini perkara itu mampu diperbaiki,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");