Sukan Hari Ini

Waspada ancaman Draxler!

BIARPUN ketiadaan, Kevin De Bruyne, pengendali Manchester United, Louis van Gaal tetap mahu pemainnya berwaspada menentang Wolfsburg dalam aksi Kumpulan B, Liga Juara-Juara di Stadium Old Trafford, esok.

Tegas Van Gaal, lawannya itu mempunyai pemain baharu, Julian Draxler yang mampu memberi kesukaran kepada pasukannya.

Draxler yang dibeli dari Schalke 04 sudah membuktikan kemampuannya selepas meledak gol tunggal menumpaskan CSKA Moscow dalam aksi pertama peringkat kumpulan sebelum ini.

“Wolfsburg tiada De Bruyne (berpindah ke Manchester City) tetapi mereka kini mempunyai Draxler.

“Draxler seorang pemain muda yang berbakat. Saya tahu perkembangan kerjayanya ketika saya bersama Bayern Munich sebelum ini,” katanya.

The Red Devils menghuni tangga ketiga selepas tewas dalam aksi pertama menentang PSV Eindhoven 2-1.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");