Isu Panas

‘Yakin 10 wakil rakyat Pas Kelantan setia’

KOTA BHARU, 17 September:

Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah percaya bahawa 10 wakil rakyatnya tidak akan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Beliau berkata demikian bagi menafikan dakwaan bahawa akan ada wakil rakyatnya melompat parti dan menyertai parti yang akan didaftarkan tidak lama lagi.

“InsyaAllah mereka tetap bersama dengan kita (Pas), kerana kita semua kenal dan kawan-kawan. Itu semua hanya khabar angin atau gerak saraf daripada pihak lawan.

“Parti itu pun tak ada lagi, sekarang yang ada Parti Pekerja-Pekerja Malaysia. Kita tak pasti Amanah wujud atau tidak kerana penubuhannya perlu mendapat kelulusan daripada Pendatar Pertubuhan (ROS).

“Kita tengok dulu macam mana, Amanah kena pastikan ia wujud terlebih dahulu dan masalah tentang orang lompat parti saya tidak nampak di Kelantan dan saya percaya wakil rakyat yang lain akan setia dengan Pas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri di perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke-IV di sini, pada Rabu.

Tambah beliau, dia yakin tidak mudah untuk wakil rakyat Pas untuk melompat parti kerana terikat dengan bai’ah dan lafaz taklik cerai talak tiga yang dikenakan kepada semua wakil rakyatnya di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Mohd Amar berkata, pihaknya sedang menunggu persetujuan Kerajaan Persekutuan pembentangan Rang Undang-Undang (RUU) Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) (1993) 2015 di Parlimen.

“Kita sedang berusaha supaya RUU itu di masukkan slot untuk dibentangkan di Parlimen. Bagi pihak kerajaan negeri kita sudah bersedia dan sudah siap sepenuhnya.

“Bagi Jawatankuasa teknikal pula ia akan kekal dan kita sudah bermesyuarat dan akan adakan mesyuarat seterusnya dalam masa tiga bulan,” katanya.

– http://bm.therakyatpost.com/

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");