Panasnya Hari Ini

Zul Badak Maut Ditembak

KUANTAN: Seorang lelaki maut sejurus terkena empat das tembakan yang dilepaskan oleh dua lelaki ketika menuju ke kenderaannya selepas keluar minum bersama dua rakan lain di sebuah restoran di Jalan Tun Ismail awal pagi tadi.

Menurut sumber, kejadian tersebut berlaku sekitar jam 2.37 pagi dan menyebabkan mangsa Arzurizan Abdul Rahman, 39, atau lebih dikenali dengan panggilan Zul Badak meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mangsa dikatakan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala setelah diperiksa oleh pihak hospital.

Difahamkan mangsa ditembak ketika sedang ingin menaiki kenderaanya dan suspek dipercayai melepaskan sekurang-kurangnya empat das tembakan.

Suspek dipercayai menaiki sebuah kenderaan telah melepaskan tembakan sebanyak empat kali sehingga mengakibatkan mangsa maut sejurus selepas itu.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");