Perak Hari Ini

10 Kedai Musnah Terbakar

BAGAN DATOH: Deretan 10 buah kedai di Taman Melintang Jaya, Bagan Datoh telah musnah terbakar dalam satu kebakaran yang berlaku di sini, pada petang semalam.

Menurut sumber, pihak Jabatan Bomba dan Penyelamat (BPP) Hutan Melintang menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 6.02 petang semalam.

IMG-20151006-WA0002

“Anggota telah bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati deretan 10 buah kedai sedang terbakar.

“Pihak bomba telah menggunakan tiga aliran nozzle bersumberkan air daripada pili bomba untuk memadam kebakaran,” katanya.

Hampir 90 peratus daripada deretan kedai tersebut musnah dalam kebakaran berkenaan.

Ujar sumber lagi, operasi yang diketuai oleh PPgB Tuan Soh Tuan Lah itu mengambil masa lebih lima jam bagi memadam kebakaran tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");