Perak Hari Ini

10,000 Pengunjung Hadiri Majlis Taiping Berselawat

TAIPING: Program Malam Cinta Rasul-Taiping Berselawat yang dianjurkan Majlis Perbandaran Taiping (MPT) berjaya menarik kira-kira 10 000 orang pengunjung walaupun dengan keadaan cuaca yang hujan.

Penganjuran program ini adalah bersempena dengan Ulang Tahun Perbandaran Taiping Yang ke-36 dan ianya berjaya dengan kerjasama Yayasan Kemajuan Islam Darul Ridzuan (KADIR).

Orang ramai mula membanjiri Dataran Perbandaran Taiping pada jam 7.00 petang walaupun hujan turun dengan agak lebat pada ketika itu.

PERAK TODAY 3

Majlis bermula kira-kira jam 9.00 malam yang mana ianya telah dimulai dengan bacaan selawat yang dipimpin oleh Habib Syech Abdul Qadir As-Saggaf bersama-sama dengan Kumpulan Qasidah dari Solo, Kumpulan Qasidah Ah-Babul Barokah dari Manjoi dan Kumpulan Qasidah As-Sohabah dari Chepor.

PERAK TODAY 1

Walaupun hujan masih turun ketika majlis berlangsung, bilangan pengunjung makin bertambah sehingga memenuhi lokasi program tersebut dan hampir 60 peratus pengunjung yang hadir terdiri daripada golongan muda.

Menurut Yang Dipertua Majlis Perbandaran Taiping (MPT), Datuk Abdul Rahim Md Ariff, semua masyarakat khususnya golongan muda di sekitar Taiping sentiasa memberikan maklum balas positif terhadap program-program yang berunsurkan keagamaan.

“Berdasarkan pengamatan saya, golongan muda sentiasa memberi reaksi positif terhadap program-program keagamaan. Kalau kita ada ekspo, kena ada ceramah agama, baru ramai orang datang, bukan nak nyanyi baru penuh, tapi program agama yang penuh,” ujar beliau.

Katanya, hasrat untuk menganjurkan program tersebut sudah lama tersimpan selepas beliau memegang jawatan YDP.

“Program berselawat di Taiping ini tidak pernah diadakan di sini, dan saya rasa program mencintai rasul ini satu program yang baik dan patut disemaikan dalam diri masyarakat,” ujar beliau.

PERAK TODAY 2

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");