Panasnya Hari Ini

154 Ketua UMNO Mahu Muhyiddin Dikenakan Tindakan Tegas

KUALA LUMPUR: Ahli parti UMNO yang didakwa menjadi duri dalam daging dan gunting dalam lipatan perlu dikenakan tindakan tegas kerana mampu memecah belahkan perpaduan dalam parti.

Menurut Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, desakan untuk tindakan tegas terhadap ahli parti yang membuat masalah oleh 154 Ketua UMNO bahagian itu sememangnya wujud.

Menurut laporan Free Malaysia Today, desakan itu ditujukan kepada mana-mana ahli UMNO yang mendatangkan masalah dan pengkhianat parti itu.

“Ketua-ketua bahagian berpandangan mana-mana yang dianggap gunting dalam lipatan, mana-mana yang dianggap duri dalam daging dalam UMNO, tindakan tegas perlu diambil terhadap mereka ini,” katanya.

Beliau menyatakan desakan ini bukanlah satu komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin seperti yang digembar-gemburkan pihak tertentu.

Sebaliknya, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu menyatakan komplot yang sebenar adalah untuk menjatuhkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurutnya, UMNO akan bertindak tegas dan tidak akan berkompromi terhadap mana-mana ahlinya yang tidak dapat mengikut kepimpinan parti tanpa mengira pangkat atau jawatan.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");